Wednesday, December 9, 2009

Terima kasih musuh2 aku. (sesiapa sahaja)

ayat kegemaran aku bila aku terlalu kehabisan kuasa untuk berbuat sesuatu:"tidak apa. satu hari nanti."

itu,
bila aku sudah tidak kalih untuk menahan,
bila airmata tinggal sedikit kerana dihabiskan

ada kata itu dendam.
ada bilang itu harap.
apa2 saja.

namun syukur.
'satu hari itu' sudah datang sejak beberapa lama,
sudah.
oh, jahanam sungguh seorang aku dahulu.
dihenyak2,
dipijak2.

*sengih sumbing*

pasti kau tidak akan lupa biru diri aku dulu, kan?
soalan aku,
di mana engkau sekarang?

masih di takuk dulu.
dengan hidup yang begitu dikonon2.
pasti malam2 engkau hancing dengan pelbagai kesedaran,
yang kau relevankan menjadi tabiat,
yang setelah sekian lama,
mampu kau tukarkan menjadi suatu normaliti.

lalu kau selesa dengan apa yang sebenarnya mengundang cegil mata jujur dunia

sahabat aku,
tidak,
sebenarnya kau tidak sehebat yang kau sangkakan.
maaf.
rasa superior kamu itu sangat ketinggalan zaman

harap2,
pelangi yang kau kejarkan dari dulu sudah menunjukkan diri sebenarnya.
dari dahulu,
wahai sayang,
kau cuma mengejar fatamorgana.
kasihan

terima kenyataan ini,
I won.

trofi aku jelas disini,
teman lelaki yang tidak dikongsi bersama orang lain, (my love b mohd syafiq)
keluarga,
sahabat-sahabat.

dan kalau pun aku jatuh di hari depan nanti,
BUKAN KERANA DAULAT ENGKAU.

*senyum 20 sen*

by the way,
fesyen kamu,
yang kau fikir sangat kool
--
so yesterday.
kau pandang kiri kanan.
sampai bila hendak begitu?

manusia menganjak,
sahabat.
perubahan itu suatu yang akan.
sampai bila hendak begitu?

tolong berhenti mencanangkan aku masih hegehkan engkau, laknat.
sampai bila kau hendak hidup dalam fantasi itu?
berapa ramai harus kau yakinkan yang aku masih si dungu keparat itu?
aku sudah penat menjadi penjaja di muka hati hitam pekat likat engkau

*diam*

aku sedang membukti aku sudah mampu.
dan berulang2,
bongkak,
angkuh,
ria' juga yang kau nampakkan.

lalu bagaimana?

apa harus terus aku menjadi sang cengeng dan menghantuk kepala di dada rumah?
dengan merayu2 agar aku kau terima, untuk kau tenyohkan semula?
apa mesti aku hancurkan apa yang sedang aku milik ini, meronyokkan dan mempunah?
dengan melutut di lutut kamu, berkata aku masih aku sebenarnya tidak bahagia?

*gelak besar*

u have got to be kidding me.
aduh.

tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.

oh ya.
tahniah, kerana terasa.
malangnya, bukan semua perkara berlegar dengan hidup engkau.

sorry.

you are not that special.

*kenyit*

Wednesday, November 11, 2009

Air mata api

Aku perempuan tengah malam,
Ayahku harimau, ibuku ular,
Aku dijuluki "Orang sisa-sisa",
Sebab kerap merintih, Kerap menjerit.

Temanku gitar, temanku lagu,
Nyanyiku, tangis, marah dan cinta,
Temanku niat, temanku semangat,
Yang kian hari kian berkarat, semakin berkarat.

Aku berjalan orang cibirkan mulut,
Aku bicara mereka tutup hidung,
Aku tersinggung peduli nilai-nilai,
Aku datangi dengan segunung api.

Mereka lari ke ketiak ibunya,
Ku tak peduli marahku menjadi,
Mereka lari ke meja ayahnya,
Aku tak mampu tenagaku terkuras.

Perempuan tengah malam terkulai ditepi malam!
Perempuan tengah malam terkulai ditepi malam!
Orang sisa-sisa menangis, orang sisa-sisa menangis,

Air matanya.... Air mata api..


p/s: fahami.

JIWA perempuan gila

Sunyi,

Hanya bertemankan setin air redbull dan gumpalan-gumpalan asap rokok,
Terus melayari dunia virtualiti,
Kebosanan yang lansung tak bertepi,
Aku ingin jauh, jauh dari realiti.

Kata hati,

Aku cuba untuk mengangap yang pedih itu semua mimpi,
Tapi aku gagal, semua yang sudah terjadi terus bersemadi dalam hati,
Aku cuba untuk tidak ambil peduli,
Tapi perasaan terus memaksa diri.

Sepinya malam ini mengundang pelbagai rasa,
Aneh sekali kurasakan,
Dalam sebak pun bisa tertawa,
Tanpa sebab, ketawa sendirian,
Apakah ini akibatnya terlalu melawan perasaan?

Gila! ye aku perempuan gila!
Yang menulis entah apa-apa.


p/s: bila semua kata jiwa penulis jiwa gila. maka aku akui memang aku gila.

Monday, November 9, 2009

PERJALANAN

Guruh berdentum hujan pun turun,
Walau apapun yang terjadi aku tetap akan meneruskan,
Perjalanan mencari kebenaran.

Airmata sedih atau airmata pedih kerana terjahan angin, aku tak pasti.
Jalanraya yang basah itu terus aku redahi,
Terketa-ketar tubuh kurus ini menahan dingin angin.

Tolonglah angin hentikan bisikan-bisikan itu,
Padaku kata-kata cinta yang pernah diungkapkan itu segalanya palsu!
Usahlah kau bisikan kata-kata cinta yang sudah berlalu!

Arghh!!!

Aku tetap akan meneruskan perjalanan ini!

Segalanya akan selesai.

Bila mandi nanti

Air-air ini akan membasahi tubuhku dan membersihkan segala ingatanku padanya!

Segala kenanganku bersamanya akan terus mengalir keluar!

Nyahlah kau ke longkang dan bersemadilah kau bersama air-air najis disana!!

kenangan BODOH!!!

(terima kasih kepada mereka yang menyokong aku ini)

benarlah

Kita cuma manusia kecil saja,
yang besar cuma egois....
Setelah sekian lama aku mengalah pada keegoan mereka...
Sekarang tiba masanya untuk aku berdiri,
untuk bersuara apa yang aku rasa,
bersama keegoan aku sendiri,
yang selama ini aku sembunyikan..
Meskipun aku tahu keegoan aku ini bisa membinasakan diri aku sendiri..
Teman-teman sepatutnya menyenangkan,
bukan asyik menyusahkan....
Disekeliling ini, mereka cuma berkawan atas kerana kepentingan sendiri...
benarlah kata SOE HOK GIE;
"Lebih Baik Diasingkan Daripada Menyerah Pada Kemunafikan"

songsang

Maafkan aku kalau aku sering saja berlaku songsang,
Apabila semua orang telah sedia duduk,
Aku bangun berdiri.
Apabila orang bangun bertekuk,
Aku duduk.
Apabila orang ghairah berbincang,
Aku tidur.
Apabila orang melepaskan merpati,
Aku menabur padi.
Orang lain telah merdeka,
Aku belum!
Maafkan aku kalau aku sering berlaku songsang.
Aku hanya ingin mengingatkan.
ps : aku bukan seperti yang kau fikirkan.

Kawan saya orang kaya

Engkau di besarkan dengan kesenangan,
Di didik manja timang-timangan,
Merajuk cengeng tunjukkan permainan,
Inginkan peralatan serba canggih mengikut zaman,
Untuk kau tunjukkan pada kawan,
Bapamu mengangguk ikut saja kemahuan.
Henponmu canggih ada porno dan kamera,
Kamera Nikonmu panjang sedepa,
Gitarmu akustik jenama Yamaha,
Berbanding gitar kami yang murah dan lapuk tua.
Ada motor,
ada kereta,
bila kami tanya ; 'Bole kami tumpang?'
Kau jawab ; 'Maaf ya, untuk perempuan saja!'
Kami tak hairan!
Bapamu bangsawan,
mungkin juga hartawan,
Mungkin juga orang besar kerajaan VVVVIP korupsi,
Diruangan tamu serba mewah,
Ibumu hanya menonton television menggoyang kaki,
Apa peduli?
Kan ada orang gaji.
Hei orang kaya!
Untuk apa kau menggauli orang-orang seperti kami?
Apakah kononnya mau mengerti kesusahan kami?
Supaya kau kelihatan 'low profile',
bisa dikagumi dan dipuji
p/s: aku benci mereka yang hipokrit.

Jadi kau sebenarnya maka tahulah aku

Celaka!
Kau membenci dan mengata aku,
Dalam masa yang sama kau berkawan dgn aku,
Sedangkan selama ini aku tak pernah membencimu!
Celaka!
Itu gelaran untukmu setelah aku tau siapa kamu!
Ayo lah! Musuhi aku secara nyata!
Di mukasurat virtualitimu dulu pernah tercatit,
Kononnya kau membenci hipokrit!
Tapi kau sendiri bagai najis cirit
p/s: akhirnya saye tahu siapa yang sering menjatuhkan saya dihadapan kawan-kawan saya. saya tak paham kenapa perlu ada PHD terhadap saya. mgkin saye mendapat perhatian lebih. ayuh bermusuh lah secara nyata. jangan gnakan tangan kotor itu. terima kasih ye sahabat. kalau tidak mungkin aku tidak sedar dia siapa.

Tinggal satu lagi peluang

Tinggal satu lagi peluang untuk aku menikmati malam.

Akan aku gunakan peluang itu pada malam ini.

Untuk mengisi setiap penjuru hati.

Untuk menguatkan semangat.

Untuk terus berdiri..

Agar aku bisa menangkis kekejaman dingin malam,
dan deruan angin pantai...
Semoga sedetik lagi,
selepas habis peluang yang satu tadi,
akan datang semula peluang yang seperti tadi,
agar malam-malam berikutnya bisa aku nikmati.
Ah! Tinggal satu lagi..
saye sering terlepas peluang itu. cuba lagi.

BERUK!!!

Akan aku penuhi jiwa kosong yang terluka ini,
dengan awan-gemawan yang tercipta,
dari kimia cinta,
yang dibeli dengan iklas dan nyata!
Dari jiwa ini terus disiksa,
oleh ketidakiklasan dan kepalsuan cinta,
seekor lelaki,
yang selalu menganggap dirinya adalah yang paling benar!
Sampai satu ketika,akanku lontarkan batu sepenumbuk ke wajahnya.
Biar buruk,
sebagaimana buruk wajahku menahan tangis dan marah.
Dan, akanku tunggangi sepuluh ekor kuda merah yang perkasa,
menginjak dada dan wajahnya lagi!
Biar hancur,
sebagaimana hancurnya jiwa dan anganku.
Biar buruk wajahnya,
lebih dari wajah seekor beruk!

Monday, November 2, 2009

PErcuma

Malam kian melabuhkan kelambu hitam yang dihiasi oleh awan merah.

Bintang-bintang pula semakin hilang gemerlapan,
sebagaimana hilangnya sebuah harapan.

Kalau terbit mentari pagi sekalipun,
cahayanya cuma akan memberikan bayang-bayang hampa.
Hidup seakan percuma!

Sia-sia!

Percuma!

Sia-sia!

Percuma dan sia-sia!

saye sering rasa begini. apakah saya harus pergi?

Gelap

Bila aku dah tak bernafas lagi,
bila wajah dan seluruh bahgian tubuhku pucat lesi,
bila denyut jantungku terhenti..

Mati..

Oleh kerana panasnya haba kebencian,
keringlah kolam cinta dalam hati!
Terus mati!
Tanpa cinta,
tanpa harapan,
tanpa cahaya,
tanpa jawaban!

Gelaaaap!

Bilakah yang gelap itu menjadi terang? mgkin satu masa nanti. sabar lagi.

Gadis BIASA

Gadis Biasa
Cantik,
Perlukah menjadi cantik?
Apakah jika hodoh akan diherdik,
Ataupun hanya sebagai daya penarik,
Bersama aura yang sangat terik,
Buatkan ramai jejaka tertarik…
Lawa,
Penting sangatkah menjadi lawa?
Hingga buta kaca dan permata,
Tanpa tulus menerima seadanya,
Yang dikejar fizikal semata-mata,
Lalu sesal ke hujung nyawa…
Biasa,
Bagaimana pula gadis biasa yang hina?
Tak punya apa-apa untuk dibangga,
Yang ada cuma cinta suci dan setia,
Adakah keikhlasannya akan dipersia,
Lalu ditinggalkan sepi dalam derita…
dan bila rupa dinilai semata-mata. yang hodoh menjadi cantik. mgkin belum masanya. sabar. aku juga gadis biasa yang tak punya apa-apa.

Penyanyi Jalanan

Kamu penyanyi jalanan,
Menyedarkanku makna kehidupan,
Menghuraikan pelbagai persoalan,
Buatkanku berfikir dalam lamunan
Apakah yang telah aku abaikan,
Dalam mengejar nikmat keduniaan...
Kamu penyanyi jalanan,
Kenyangmu hanya dengan hinaan,
Dendangkan lagu sekadar hiburan,
Buat mereka yang keserabutan,
Selitkan sesuatu sebagai luahan,
Hatimu yang penuh dengan kepedihan..
Kamu penyanyi jalanan,
Punya cara sendiri peroleh kebahagiaan,
Tanpa ada seorangpun yang perasan,
Walaupun sekadar pria picisan,
Kamu lebih berperikemanusiaan,
Daripada hartawan yang berhati syaitan...
dan bila nanti kita tahu yang jalanan itu lah indah. yang sampah itu lah permata. yang hodoh itu jelita. nanti pasti akan terbuka!

Tuesday, October 20, 2009

canda

Penat.
dan bila penat itu merangkumi jiwa
menelan rembes hijau
menyisih kabus hitam
menarik asakan pudar.
bukan ini bukan untuk dia.

bila senyuman indah.
kabus hitam memancar.
rona-rona jiwa menelan.
liku-liku tangisan mengiringi.
sabar.
ini sudah tentu realitinya.

biar asakan lemas
jangan biarkan dia tahu
biar saja kita tahu
biar mereka tidak tahu
diam.
dan saatnya itu akan tiba
hari magik itu pasti.
biar kita tahu.
cinta itu ada
biar kita tahu
kasih itu ada
biar kita tahu
sayang itu masih ada
disini
dalam hati ini.
dan bila tiba hari itu
khabarkan padanya
ini bukan tempat bercanda
ini tempat untuk dicinta.
asakan menampal dijiwa
sabar.

Monday, October 12, 2009

tandus

Kabus-kabus itu merembes jiwa
Warna suram berubah menjadi indah
Bila terpandang matanya
Selalu bayangkan satu
Yang akan terucap dibibir itu
Kata indah yang bisa berbolak balik jiwa ini

Namun aku masih tunggu
Tunggu kata itu dari bibirmu

Saat metaloriti ini berontak menunggu
Ada sesuatu yang aku ingin dia tahu
Akhirnya dia tahu
Jiwa ini makin berkecamuk
Hati ini makin sayu

Rindu ini semakin jauh
mungkin kata hati dan naluri tak membenarkan
dia disisiku
Saat jiwa sedang berucap
Hati pula sedang menangis
Bibir ini kian penat untuk luahkan kata-kata

(sambil tunjuk ke hati)

Jiwa ini untuk kamu
Tapi akan tiba hari itu

i wrote this poem just for my beloved friends. i love you so much. when i say it and i mean it. i need love yes i do. but this is what i need from you.

Tuesday, October 6, 2009

pasakan cinta

untuk apa kau buka pintu?
Jika didalamnya penuh dengan peneman setia..
untuk apa kau sulam cinta?
jika dikain itu tersulam seribu cinta darinya..

aku ini bukan sekadar peneman katamu
cinta dan sayang ada juga padaku.
tapi itu katamu.
cuma dari kata.
hati itu?
mari aku lihat apa pula kata hati mu?

jangan bina cinta seperti bangsat
jangan ukir kata seperti bajingan
aku bukan sundal
aku bukan boneka juga

aku ini manusia ada perasaan
cinta itu masih satu
bukan dua juga tiga
aku bukan anak kecil yang masih belajar kiraan itu

saat pasakan resah mengunung jiwa
dihenyak lautan runsing
dihentam denyutan kata
aku buntu
dan masih mencari kekosongan didalam hatimu.

when i be a third person in love. i'm think dat i'm so stupid like being in HELL!!

dermaga silau.

pandang 3 nama,
keluar 3 naga,
pandang 3 pintu,
keluar 3 bisa.

bila diasak keluar pintu,
keluar warna putih,
bila dihenyak kebawah tanah,
keluar warna merah.

masuk dalam kandang,
acuh dengan pisau,
masuk dalam gua,
datang 3 rimau,
bunyi kucing ngiau,
nampak cahaya silau.

jangan henyak asak sekumpulan rimau riau,
penat nak ganti baju keluar darah merah,
penat hadap labu bila cucuh pisau,
pakai otak rimau usah otak kucing,
bila dah berdesing terus acuh jangan runsing.

Wednesday, September 9, 2009

pujangga BIRU

Habis kertas putih ini menulis kata sayang pada kamu
Siap aku sediakan pena khas mahal
Hanya untuk tulis kata sayang itu
Tapi aku buntu
Sayangmu masih padaku?

Andai bisa aku capai tangan itu
Aku pegang jemari itu
Aku bawa terbang ke langit biru itu
Bersama-sama aku
dan aku katakan
"andai awan ini tempat kita bertemu, dan bulan itu tempat aku dan kamu"

Tapi ini semua imaginasikuh
Dan semua ini melampui realiti itu
Diam hanya itu perlu
Tapi aku gapai bahagia itu
Bila kau katakan kata Syahdu itu
Syurga itu berada disini
dalam HATI aku

Terima kasih si PUJANGGA biru
Aku tahu ini untuk aku

p/s: bila hati memerhati, mulut berpikir, telinga berkata, mata pula mendengar. CINTA itu pasti ada jangan BOHONG.

Sunday, September 6, 2009

LALU aku

Dan bila saatnya tiba
Hari magik itu
Hari indah itu

Dibukanya pintu itu
Dilenyapkan segala suram2 dalam kamar itu
Dicerahkan gelap kamar itu

Lalu

Aku lari mendapatkan semua
Semua yang ada dalam kamar itu
Semua yang ada dalam kamar itu
Semua!!
Semuanya!!

Lalu

Aku pergi
aku jenguk dan lihat
apa yang sudah aku miliki

Dia!!!
Oh magik sungguh hari itu
Aku rindu
Aku sayang
Aku cinta dia
encik magik kuh.

p/s: bila hati berkata, mulut bisu untuk berbicara. telinga mula memandang dan mata mula mendengar. tercetuslah kisah cinta.

Wednesday, August 26, 2009

Entah

Ini cerita aku lagi.
Mari.
Mari kemari
dengar
dan pahami.

Apa ada pada aku?
Apa ada pada kamu?
Apa ada pada dia?

Semua insan ada keistimewaan
Semuanya tiada yang terkecuali
tidak.
betul sungguh.

Aku bingung
Bila dia persoalkan keburukan
dia bangkitkan kecacatan
Tidak itu tak
penting
dimata ini
yang penting ini (sambil tunjuk ke dada)
ye HATI dalam ini
HATI.

Sekali kau beri
Pasti kau dapatkan kembali
Lebih dari itu
Tapi pahamkan apa
Yang kau mahukan
Pejamkan mata
rasainya
Ingat ini serius.

Yakin
Jujur
ikhlas
nanti kau dapat jawapannya
ingat.

biar kita cinta
biar kita sayang
jangan ubah
jangan lupa
biarkan ia disini saja
cukup.

habis sudah.

Nampak

Bila aku pandang
Aku nampak
Aku rasa
Aku hayati

Bila aku pandang
Aku tahu
Aku sedar
Aku mengerti

Bila aku pandang
Semua terjawab
Semua terbuka
Semua terhidu

Dan bila aku pandang
Aku lihat itu
itu...!
Senyuman dia
Sejuk hati ini

Walau dia buruk
Tapi aku nampak cantik
Walau dia jelik
Tapi aku nampak anggun
Dia juga insan

Aku suka dia
Itu sahaja..

Sunday, August 23, 2009

kata

Titik-titik kecil yang
Keluar dari mata kecil ini
Pedih.

Garis-garis merah
Yang sakit dalam hati ini
Sakit.

Kata-kata Sial
Yang gariskan hati
Yang keluarkan titik-titik itu
Bangsat rasanya

Rasanya seperti keliwon
Huduh
Rasanya seperti Semut
Kecil
Rasanya seperti Lintah
Lembik

Tapi diam
Kata-kata bangsat itu
Kubiarkan saje
Biar ia mencoret kata
Biar ia merabak Mata
Biar ia terkubur saja
Cukup
Demi kerana aku pula
Aku rasa cukup-cukuplah
ini dunia aku
aku yang tentu
biar saja ia begitu.
diam.
Selagi hati tak mati
Selagi telinga tak pekak
Selagi mata tak buta
Laungkanlah kata-kata bangsat itu
Aku disini menjadi pendengar
SetiA UNTUK KATA-KATAMU ITU.

Friday, August 21, 2009

INI

Aku punya cerita
Mari duduk dan dengar
Ini cerita aku
Tentang aku dan dia

Dulu dia suka
Dulu dia cinta
Dulu dia rindu

Sekarang
Eh mari aku bisik halus ke telinga mu
Nanti didengarnya
Dia salahkan aku
Katanya aku penyebab
Dia tinggalkan semua

Salah aku lagi?

Apa yang berlaku
antara aku ngan dia
Semua salah aku
Salah aku
dan salah aku

Aku diam sahaja
Malas rasanya untuk bersuara
Diam sahaja lah lebih baik
Tak suka tak apa
Diam sahaja.
Biarlah begini.
Biar semua rasa begini
Malas mengubah realiti.

habis.

Wednesday, August 19, 2009

buat BULLEET

"Sudah berapa ratus helai kertas aku tulis tentang kamu.
Selautan idea kata bunga-bunga habis untuk kamu.
Siap aku khaskan pen lembut mahal hanya untuk menulis ayat sayang buat kamu.
Dan akan aku terus buat semua itu hingga satu masa nanti kamu akan merona malu membuat degup jantungmu lebih laju membaca luar dalam perasaan itu. Tapi belum sempat aku lakukan itu. Kau pergi setelah mencuri segalanya dariku."
Jika seseorang itu hadir dalam hidup kita
dan menjadi sebahagian dari hidup kita. Tapi
diatas kerana sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi. Jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan
itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
kita. Jadi harus redha.
Saya penah merasakan dan selalu merasakan kehilangan. Tapi ini realiti jadi saya harus teruskan.

Monday, August 17, 2009

Belum mengerti.

Di hujung pantai itu
Aku lihat
Aku pandang
Aku tengok
Sekumpulan anak-anak kecil bermandi manda

Adakah anak kecil itu mengerti
Akan hari-hari mendatang
Tak seindah hari ini
Gembira seperti hari ini
Bermain seperti hari ini

Tidak
Mereka belum masih bisa mengerti
Kasihan
Tidak sanggup aku ragut kegembiraan mereka

Dahulu
Aku pernah jadi seperti mereka
Riang dan ketawa
Bahagia nya rasa
Adakah bisa aku rasakan sekali lagi
Tunggu
Akan datang hari itu

Air laut membiru
Ombaknya bergelora
Anginnya pasti bisa mendamaikan jiwa yang sedang
Suram

Aku pandang
Aku lihat
Aku tengok
Laut itu
Benar ia membiru
Namun adakah mata ini menipu
Indahnya ciptaanNYA
Indahnya hasilNYA
Indahnya bumiNYA
Ingat
Mata yang celik ini
Masih lagi mampu menikmati alam ini
Jadi harus bersyukur

Namun anak-anak kecil ini masih belum mengerti
Keriangan ini hanya untuk sementara
Tunggu sayang
Pasti kamu akan tahu nanti
Cuma masanya belum tiba
Pulang.


*habis

bila bulan melihat mereka begitu riang. berbunga hati mengadap ciptaan ALLAH S.W.T.

Sunday, August 16, 2009

ini cerita aku.

ini kisah tentang seorang gadis
seorang gadis yang masa itu masih kecil
didalam dukungan ayahanda dan bonda
dia masih tidak tahu apa-apa

aku tidak tahu tentang cerita kamu
aku tidak tahu apa cerita kamu
tapi ini cerita aku
biarkan aku saja yang bercerita
dengar dan bisu

Mari aku ceritakan cerita aku

Suatu masa dulu
menangis meratap disuatu masa
ini tentang aku
cerita aku

aku dibesarkan dimanja, disayang
aku dibesarkan dengan semua rasa
aku dibesarkan dengan perasaan cinta
aku dibesarkan biasa-biasa saja

ayahanda bonda bohong aku
ayahanda bonda dustai aku
dulu katanya aku puteri jelita
sekalian suku rakyat mencemburui jiwa aku

tapi ayahanda bonda.
itu semua dusta
mereka tak mahu jiwa aku.
mereka kikis jiwa aku

yang dihendakkan mereka wajah dan rupa sahaja.
wahai ayahanda bonda kenapa perlu bohong saya?

aku dibesarkan sebagai seorang gadis
kurus, tinggi, kesan-kesan jerawat menempel diwajah,
gigi ku berterabur, tak cerdik
aku dikatakan orang
"hey babi kenapa wajahmu jelik?"

wahai ayahanda bonda kenapa dustai saya?
aku ini dicaci lagi
tempat aku bukan disini
aku tidak sepatutnya dibiarkan keluar begini

wahai ayahnda bonda bawalah aku pergi
simpanlah aku ditempat sunyi
dimana cuma ada ayahanda dan bonda
cuma ada mereka yang sayangkan aku

ayahbonda kenapa bohong saya?
ayahbonda kenapa tak ceria?

dunia ini kejam
dunia ini bagai-bagai
ini bukan tempat saya
mereka tak suka saya
mereka tak cinta saya
disini dinilai wajah rupa semata-mata

ayahbonda
khabarkanlah pada mereka
pada mereka yang tak suka saya
yang mereka mahukan saya

mereka semua hendak saya
jadi cantik, putih, berseri
tapi itu bukan saya
bukan saya

maka apakah harus aku pergi
duduk dirumah dan menunggu mati?
apakah aku tinggal disini?
tak akan pergi
tak akan pergi?

dunia memang kejam
dunia macam-macam
dunia bagai-bagai
tapi janganlah sedikit kau percaya kata-kata mereka

biar kita begini saja
buruk, hodoh
rongak,cantik

siapa kita, itu kita.
cinta saja jiwa kita.
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa

tak apa
tak suka
tak apa

ini sisa-sisa rasa
rasa jiwa yang luka

puisi ini aku karangkan untuk diri ini. setelah aku perhatikan mereka cuma melihat rupa dan wajah. namun aku yakin akan ada harinya untuk aku. biar saja semua berlalu. memerhatikan saja.

gadis merindui sang kekasih

Gadis itu
Sunyi nampaknya
Kelihatan putih matanya murung
Hitam matanya suram
Merindui kekasih yang telah pergi
Bukan untuk sementara
Namun selama-lamanya

Kelihatan dia seperti kehilangan
Kehilangan seperti ditengah hutan suram itu
Dia kelihatan mencari arah
Hendak pulang
Namun belum jumpa kekasihnya

Aku disini kelihatan cuma pantas untuk memerhati
Saat dia bisikkan kata sunyi
Aku diam
Aku kaku
Aku beku
Memandang tubuh itu resah
Aku terpinga melihat matanya

Tampak seperti dia betul-betul hilang
Sabarlah buat gadis
Kerna suatu hari
Hari itu akan datang
Kau dibawa nya keluar dari hutan itu

Cuma masa dan saatnya bukan sekarang
Nanti
Sabar itu perlu.
Habis.

*senyum


Ini buat sang gadis cikPUTEH a.k.a LYSA. aku bersimpati kepadamu kehilangan arwah ZATI HELMI. sabar itu perlu ye sayang.

SALAH

Demi untuk semua
Kita akhirnya disini sahaja
Biarkan semua terkubur
Biarkan semua tersungkur

Payah rasanya
Bila diketuk namun tidak dibuka
Pintu itu masih ada
Cuma belum masanya ia terbuka

Salahkah aku membiarkan
Pintu itu kaku disitu
Beku disitu?
Tidak bukan?

Kerna aku punya hak
Kerna pintu itu milik aku
Biarkan ia terbuka bila kuncinya dijumpai

Demi kerana aku
Sudah-Sudahlah mengetuknya
Kerna ia tetap kaku disitu
Belum sampai masanya
Kerna yang tertulis bukan begini
Mungkin
Agaknya

*diam
*melihat

Terpandang jari itu
Kemerahan-merahan
Taktala pintu itu diketuknya
Tapi Pintu itu sudah rapuh isinya
Mungkin konkrit ditambun untuk menyukarkan
Maafkan
Ini lebih baik.
Sudah habis disini.

Dan kerana ini aku berlalu perg, kerna hati ini sudah berkecamuk meronta untuk berlari. larilah.

Thursday, August 13, 2009

Oh imaginasikuh

Terlantar kemurungan
Teringat keperitan
Terdampar kesedihan
Mencintai tidak semestinya memiliki
Itu benar

*sinis

Tersedar sekali lagi
Ini cume ilusi
Ini cume imaginasi
Terbuka mata ini
Maka aku sedar
Ini REALITI
Oh imaginasi
menarilah mengikut rentak ilusi ku
Oh imaginasi
menyanyi lah mengikut irama ilusi ku
Walaupun ini cuma imaginasi
Tapi disini aku bahagia dicintai
Biarkan saje imaginasi ini menari-nari
Berpijak di dunia yang nyata hanya sementara
Selagi otak berfungsi
Selagi Hati menyelami
Selagi naluri mengikuti
Nikmatilah sayang..

*senyum

Semoga ini kan jadi realiti
suatu hari nanti

INI UNTUK YUSLIZA YASUL.
i love to be love by someone. but i dunt have someone to love me. omg i hate to be like this. but this is reality. so i play a imagination. full stop!

Tuesday, August 11, 2009

Penatnya

Aduh
Susahnya..
Penatnya...
Malasnya..

Tapi harus kuat
Biarkan yang lepas
Semaikan yang baru
Siramkan lelahku itu
Suburkan dengan azam
Ye masih boleh
Masih punya masa
Masih banyak lagi peluang untuk aku baiki diri
Biarkan apa yang berlaku
Biarkan apa kata manusia itu
Pekakkan telinga saja
Butakan mata juga
Bisukan mulut tak lupa

Biarkan mereka berkata apa
Yang penting kita
Harap semester ini dapat lebih laju
Laju kehadapan
Perlu
kuatkan semangat

insyaALLAH

when i heard someone talk behind my back because i can't go for practical this semester. i care n i touching bout their words. shit. i have to be strong. n i must change my life. this is me..!!!

Monday, August 10, 2009

BUNTU

Disebalik pintu itu
Aku lihat
Aku pandang
Aku perhati
dan
Aku pikir.
Siapa lah yang dapat membuka
Kunci pintu itu.
*diam
*bisu
Mungkin suatu hari akan ada
tempatnya
Dimana ada aku dan dia
Siapa?
DIA itu siapa?
entah.
tidak dapat berpikir.
buntu rasanya
Disebalik jendela itu pula
Aku tahu
dan
Aku rasa
ada cuma masanya sahaja.
diam dan terima.
mungkin ini lebih baik.
*menangis

Tuesday, August 4, 2009

Jika ada

Jika ada yang melihat
Jika ada yang mendengar
Jika ada yang merasa
Jika ada yang memerhati
Mari pandang mata ini
dalam-dalam lagi
Agar lebih dalam lagi kau dapat melihat
mendengar
merasai dan memerhati

*sinis

Usah diberi alasan
Usah diberi persoalan
Aku tahu
Sudah tahu semua
Kau?

*diam

Tidak pernah cuba untuk tahu
semua itu
ye semua nya
Hanya aku dan diri ini yang tahu
Menangis
Meratap
Merintih
Menyedari
cuma aku
hanya aku ada disitu
tiada dia, kamu dan kau
cukup
sudah

*merengus

aku tidak perlu tahu
yang kau memendam sesuatu
cukup
sudah.

*sinis
*senyum
*menangis

Wednesday, July 29, 2009

buruk

Saya seorang yang kurus
Gigi saye berterabur
Rambut saye kusut masai
Muke saye buruk sangat
Ad kesan2 jerawat
Bintik2 hitam.

Tapi saye seorang hamba
Hamba Allah yang tak punya kuasa apa-apa
untuk mencantikkan saya
Dan tak berhak argue ape yang ALLAH tebarkan saya
Jadi,
Bagi saya jika sesiapa menghina saya
seperti dia menghina ciptaan Allah S.W.T

Percayalah saya tidak minta dilahirkan buruk begini
dan saya tidak pernah ingin menjadi begini
kerna saya tetap saya

*senyum sahaje*

yg LAMA dibuang yg BARU disanjung

Lama
sudah lama
betul2 lama
aku disini memerhati kan saje

Baru
masih baru
betul2 baru
aku disini masih memerhati kan saje

Diam
masih diam
betul2 diam
aku disini masih lagi memerhatikan saje

apelah ada dengan LAMA
paras rupa dah tentu OUT
ye disanjung yang BARU
dilupa yang lama
Biasalah
itu lumrah manusia yang bernafas
setiap manusia
bukan kite saje

apa lagi nak tulis?
tulis biase2 je lah
biarkan saje.

*diam.*
*sinis*

Tuesday, July 28, 2009

Semoga tenang Yasmin Ahmad

Bagi saya, ini adalah perkhabaran yang menyedihkan diawal pagi. Seperti mana sedihnya tatkala kita juga kehilangan allahyarham Loloq suatu ketika dahulu.Yasmin Ahmad satu nama yang besar dengan membawa revolusi ke dalam corak filem Malaysia. Kita mungkin semua sedar dengan isu-isu bagaimana hasil tangannya dipersoalkan. Bagaimana lantang suaranya tegar mempertahankan seni dan buah fikirannya. Bagaimana para karyawan lain yang menyokong dan ada juga sebaliknya. Malah, bagaimana beliau berani membawa muka-muka baru ke dalam industri filem dan terus menaikkan nama mereka sehingga ke hari ini. Tentu juga bagaiamana hebatnya iklan-iklan arahannya bermain dengan perasaan penonton.Karyanya kini pasti dirindukan.

Semoga tenang Yasmin Ahmad.

Monday, July 27, 2009

sudah tahu

Sudah tahu semua
Permainan mu itu
Mahu melihat aku disingkirkan
Mahu melihat aku jatuh tersungkur
Mahu melihat aku dicaci
Mahu melihat aku dibenci

Apa lagi yang kau mahu?
Katakan.
Aku menunggu disini dan mendengar.
Ye sedang mendengar.
Apa?

Dahulu aku
disayang
dipuja
dirindu
dimanja
disanjung
Ibarat aku ini matahari menyinari siangmu
Dan
Bulan menerangi malam mu

Kini
Itu semua mainan kata
Kata ciptaan bibir berbisa
Aku dicipta sebagai player
Dikarang menjadi seorang 'LOSER'
Diarah menjadi seorang 'LOVER'
Dan akhirnya
Aku ditembak disini
Ye disini
dihati ini
lantas permainan mu tamat disini
dan terukirlah kata
'GAME OVER'

"aku seorang LOSER?"
*sinis*

Sunday, July 26, 2009

Hakikat

Bingung cerita disini
semuanya berlaku terlalu pantas rasanya
rasanya baru semalam bersua muka
cuba berfikir menurut akal
otak kaku memandang hakikat
sekujur tubuh dimandikan
sekujur tubuh dikapankan
sekujur tubuh ditanam
nisan diletakkan
Yasin dibacakan
Ah kini aku berpijak ditanah yang nyata
Hakikatnya dia sudah tiada
ye TIADA
sahabatku
Kini tiada lagi kedengaran hilaian tawanya
Tiada lagi gurau manjanya
Tiada lagi senyuman dibibirnya
Takdir
Ye takdir menentukan segalanya
Ajal dan Maut semua ditanganNYA
Kita hanya mampu berdoa
Yang hidup teruskan hidup ini
Agar tak leka dibuai diatas dunia yang terang ini
Keliru masih lagi bermain difikiran ini
Hentikan
Ye cuba hentikan kekeliruan ini
Namun sia-sia
Semoga kau damai disana
Aku disini sentiasa mendoakan mu wahai sahabatku

*diam*
*menangis*

nanti tiba saat itu

Lama.
Terlalu lama rasanya aku duduk di hadapan computer hari ini
Jari-jemari ini masih belum mampu menaip apa-apa
Minda terlalu kosong untuk memperlihatkan sesuatu.
Tak tahu apa harus difikirkan
Semalam, sebelum tidur
Mata tertumpu pada sesuatu
Sesuatu yang tak disangka akan berakhir begitu
Apa???
Apa yang terjadi?
Kenapa?
Mengapa begini?
Sampai bila?
Sudahnya aku terlena sendirian
Tak mampu berfikir lagi
Sekarang,
Mahu memeriahkan blog ini juga aku tak mampu
Bukan aku moody atau sedih.
Tak lah!
Tapi minda masih bertumpu kepada kejadian semalam
Kenapa macam tu?
Uh… pening lah.
Jadi, apa aku ada untuk blog cikBULAN ini?
Ya ampun!
Tak mampu aku terjemahkan kata itu
Nanti akan aku cuba untuk ceriakan blog ini ya.NANTI.
Bukan sekarang.

"The time will finally come. You just wait for it. Just wait."

Saturday, July 25, 2009

sudah tiada.

Ke mana pun kami pandu
kami jalan
kami lari
kami pergi
dia ada bertenggek di tepi
Tiap celah kota terselit dia
tiap malam kami dicalit dia
tapi
kini dia tiada.
tiada lagi bersama kami semua.
Khabar ke kami cara melupa
selain dari memejam mata.
tidak.
kami takkan lupa.
dia sahabat setia.
setiap kenangan bersamanya
akan sentiasa berada dalam ingatan ini.
dan tetap terus disini.
dalam hati.
ye dalam hati ini.

.: semoga roh ZATI HELMI dicucuri rahmat ALLAH S.W.T semoga dia ditempatkan di tempat orang2 yang soleh. amin. al fatihah::.

Tuesday, July 21, 2009

diam

apa?

bagaimana?

dimana?

soalan ini yg sering ditanya.
jiwa?
mengusik.
ad sesuatu nak dikhabarkan.
mari aku bisik halus ditelinga itu..
aku rindu.
ye aku rindu..
shhh..
diam..
dia mungkin dengar.

*senyum*

Tuesday, June 30, 2009

Feel it..

Ditasik kearifan..
Perlahan ku selam makna..
Hidup seputarku..
Terpegun menangkap fakta..
Manusia kian beranjak..
Dari hakikatnya..
Kasih telah memundar...
sekejap sana sekejap sini..
Norma yang merapuh..
Kerana angkara..
Insan saling berlumba..
Memperebutkan kuasa..
Peribadi semata-mata..
Tak beza dengan fauna..
Buas merampas sesama..
Si lemah terhempas..
Dimana harapan berada...
Selaksa tangan meminta..
Langitku merindu damai..
Berhentilah an berkaca..
Begitu banyak noda dan nista...
Yang telah tertumpah..
Bawa jiwa bersih, berpeka nurani..
Pabila itu kau perbuat
Dunia kita bersuka.. itu sewajarnya..

Monday, June 15, 2009

hurm!

Life is short Break the rules forgive quickly kiss passionately, love truly laugh constantly. And never stop smiling no matter how strange life is. Life is not always the party we expected to be but as long as we are here, we should smile and be grateful.Happiness is reachable, no matter how long it last. We should stop making our lives complicated. Buat pew nk serabotkan kpaler tok bender2 yg x worth??X bebaloi....

Now just carry on with your life....Luperkan bender2 yg kusutkan kpaler....Buat apew nk kusutkan kepaler lg kalau dah taw sesuatu tu x kan ada jalan penyelesaian?Kalau ada pon....Betol ke jalan penyelesaian tu yang terbaik??Kalau x....Camner?Nk menangis terguling2???Sabar....Sampai biler nk sabar n madah mengalah jer????Sampai mati??Bebaloi ke??Kalau ye....Sabar je lah sampai mati....Kalau x....Duduk diam2 n then pk per tindakan yg patot dibuat....Today's lesson in my life is that....

[JANGAN JADIK TERLAMPAU BAIK DENGAN ORANG LAEN TANPA PK KAN DIRI SENDIRI....WALAUPON KITER SYG ORG TU]