Thursday, July 22, 2010

cerita aku,

ini kisah tentang seorang perempuan
seorang gadis yang masa itu masih kecil dan perawan
pejamkan mata dan bayangkan saja situasinya berada
di dalam suatu tempat kecil
terpuruk
yang kau namakan jamban

aku tidak tahu tentang kamu-kamu
aku tidak tahu apa cerita kamu
tapi ini cerita aku, maka dengarkan
ambil mata kamu dan paku

dengar cerita aku disuatu masa
ketika dahulu di suatu masa
mengangis sendiri di suatu masa
tentang diri sendiri di suatu masa

aku dibesarkan dimanja, disayang
aku dibesarkan dengan segala rasa
aku dibesarkan dengan penuh cinta
aku dibesarkan biasa saja

ayahbonda, kenapa bohong?
kenapa engkau hendak bohong?
dulu dikata akulah raja puteri jelita
sekalian rakyat jelata akan mencemburui jiwa aku

tapi ayahbonda,
dunia tidak mahukan jiwa aku!

yang dihendakkan cuma
wajah dan rupa saja
wahai ayahbonda,
kenapa engkau bohong saya?

aku dibesarkan sebagai seorang gadis
yang gemuk, pendek, busuk, tak cerdik
aku dikatakan orang
"hey babi,
kenapa engkau sangat jelik?"

wahai ayahbonda, kenapa dibohong?
aku ini bukan di sini
tempat aku tak sepatutnya dibiarkan di luar pergi

aku patut disimpan di suatu tempat
di mana cuma ada ayah ibu
di mana mereka 'kan sayang aku
untuk siapa aku
untuk siapa aku

bila aku keluar, aku dikeji
bia aku di luar, aku dimaki
kerana yang dimahukan cuma wajah rupa seri

ayahbonda,
kenapa bohong saya?
ayahbonda,
kenapa tak cerita?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
depa tak suka saya
depa tak cinta saya

kenapa ayah?
kenapa bonda?
tak dikhabarkan tentang mereka-mereka
yang tak sukakan siapa saya
yang hendak dari dulu menjadi saya

mereka semua hendak saya
jadi cantik, badan jelita
tapi itu memang bukan saya
bukan saya
bukan saya

maka apakah aku harus pergi
duduk di rumah dan terus mati?
apakah aku tinggal di sini
tak akan pergi?
tak akan pergi?

dunia tempat kejam
dunia macam-macam
tapi jangan sedar dengarkan semua kata mereka

dunia memang kejam
dunia macam-macam
tapi janganlah engkau percaya kata mereka

biar kita begini saja;
buruk, gemuk,
besar, cantik.

biar saja diri kita;
cantik, molek,
hodoh, jelik.

siapa kita, itu kita
cinta saja jiwa kita
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa.

tak apa
tak suka
tak apa

ini sisa-sisa rasa
rasa jiwa yang luka

kalau jamban boleh bercakap, aku rasa, banyak rahsia kita akan dibongkar. cermin jamban banyak berjasa pada aku. mungkin tidak pada orang lain. aku tidak tahu

Wednesday, July 21, 2010

baik-baik sayang

"baik-baik sayang ada aku untukmu,
baik-baik sayang karna aku untukmu"

saya harapkan orang tujukan kat saya.

love is like _____ .
___ <-- dis is blank
and i'm still dun have an answer.

haih.



MOHD SYAFIQ KAMIL

khas untukmu:

"kalau dah blah jangan datang balik,
terima kasih"

satu benda yang awak mesti ingat

"saya tak mati la kalau awak takde"

p/s: its not my fault n i'm not regret. tq.

Lihat...cakap...dengar

dah lama aku nak tulis bende ni. dah lama jugak aku perhatikan. juz selama ni, tak de kesempatan je nak menulis. eh menaip. aku nak lupakan kejap soal hati dan perasaan. sekejap pun jadilah. bosan jugak kan kalau kowg asik baca entry jiwa kaco aku. haha

ok. apa yang aku nak kongsi ni adalah mengenai perubahan diri selepas kecewa. tapi, ini juz pandangan aku je tau. pemerhatian aku dr owg sekeliling aku dan diri aku sendiri. lgpn sekarang ni, mmg musim owg tgh kecewa kan. haha. tak de lah. tak de musim2. dah nak jadi camtu, ape lg yg kita boleh buat. hmm.

kecewa. mesti semua owg tau definisi kecewa. tak perlulah aku jelaskan lagi kan. aku nak fokuskan kecewa pada kaum perempuan@hawa. selama ni, kowg perasan tak, bila perempuan kecewa, mesti akan ada perubahan pada diri dia. sama ada baik atau buruk. mesti akan ada. coz owg kata, bila seseorang dah kecewa, dia bukan diri dia yg dulu. eh yeke? ntah tak tau. kdang2 aku agree fakta tu.. haih... coz sekarang ianya sedang berlaku dalam diri aku. choit!

dari pemerhatian aku, bila perempuan kecewa semestinya dia akan menangis, jadi murung, mood tak menentu, jadi tak terurus n sume la. dan ade sesetengah nya, dia akan mencari kawan utk meluahkan. meluahkan akan membuatkan kita jadi lebih lega. menangis pun sama. so nangis la sepuas2nya.
namun, semua ni tak kan berlanjutan. pandangan aku la. tak tahu la pada sesetengah owg. maybe pada yg lemah semangat, tak akan dapat bangun. pada yang kuat semangat, pada satu point, kita akan dapat lihat perubahan. diri dia yg baru. ya, DIRI YG BARU. dan apa yang jadi pada aku dan kaum HAWA yang lain aku mengharapkan KEKUATAN datang pada waktu itu.

kita akan lihat, dia tak seperti dulu. kalau dulu, biasa2, lepas kecewa dia akan jadi luar biasa. makin hot, cantik, sexy, dah pandai make up bergaya semua. perasan tak? kalau kita sensitif dgn persekitaran, mesti kita akan perasan semua ni. Hmmm same goes to me... but its can change the reality... haih

sebenarnya, semua ni adalah 1 titik utk kaum perempuan bangun semula. bila hati dah dilukai, dia akan rasa, diri dia patut berubah. bukan berubah negatif ( depend pada owg. kalau tak reti handle, grenti jadi negatif). berubah jadi lebih cantik. nak tau tak, bila kita melihat diri kita cantik, itu akan memberi semangat. perempuan mana yg tak suka tgk diri sendiri cantik. aku suke. walaupun hakikatnye aku tahu aku tak cantik. (~_~)zZzzZ...

so, dia akan mula berdandan, bergaya. bila melihat ke cermin, dia akan rasa puas. rasa cantik. dan akan ada rasa 'rugi ex aku lepaskan aku dulu'. haha. but, jangan salah paham ok. benda2 ni sume, bg aku bukan utk menarik perhatian lelaki. im sure, lelaki2 di lua sana akan menganggap camni terhadap perempuan. tp semua ni adalah perubahan selepas kekecewaan. semua ni boleh memberi semangat terhadap sseorang perempuan. cantik utk diri sendiri, bukan utk owg lain. sekali lg, bkn utk menarik perhatian lelaki.

ini adalah kerana. ececeeh. cam karangan la plak. semua ni kerana, lepas dikecewakan, perempuan akan rasa byk kekurangan pada diri mereka. byk yg tak kena. byk yg perlu diperbaiki. byk yg perlu di topup. dan bila buat semua ni dia nak ex or owg sekeliling dia tahu n tgk, dia boleh bangun semula. boleh hidup lagi walaupun ditinggalkan. bak kata owg2 tua tak merana eden kerana cinta kau. hahaha

cube tgk artis2 yang dah menjanda. kalau dulu sebelum bercerai, dia bese2 je. tak de lah sexy sgt.tak hot sgt. tapi after bercerai, jadi janda, terus berubah. wah!! makin cantik, hot. sexy. cth2 artis, nurul, noraniza idris. time dah single la boleh buat everything kan ( tapi berpada2 ok) . kalau sebelum single, kena ikot ckp laki, bf semua. lepas single, tak de sape nak melarang dah. hehe

semua ni, perubahan luaran je. fizikal. dalam kita tak tahu. dan aku pun tak nak ckp ttg hal ni. coz masing2 punye rasa masing2. hati owg kita tak tahu. dan kalau diceritakan pun, ceritanya mesti lain2. dan pendapat owg pun mesti lain2. owg hanya mampu berkata2. tp yg merasa sahaja memahami ape yag dirasa dan dilalui.

so , kesimpulannya. aku pun tak tahu nak simpul apa. hoho. juz be urself. kita boleh berubah. asalkn perubahan itu perubahan yg baik. kita melalui pelbagai fasa dlm hidup. setiap fasa, kita mungkin tak mungkin menjadi diri kita yg sama. sbbnya, setiap fasa2 itu, kita perlu melalui n menghadapinya dgn cara yg berbeza. yg penting, jgn jd negatif sudah.

hahahaha. aku ni ckp nak over je. diri sendiri pn tak tau lg. whatever la bulan.


p/s: ni sume pandangan aku je ok. tak de kene mengene dgn sape2. sekadar menaip. bukan tertaip. =)
yg buruk jgn ikot la. aku bkn betol sgt pn. ngee~ ini sekadar pengalaman dan apa yg aku lalui.. "Let it be let it go, just follow the fucking flow"



Tarik nafas.
tenangkan fikiran.
cari 'feel'.
dengar lagu.
ok. mulakan.

sekali lagi.
beri semangat pada diri.
bibir sudah tidak bisa menuturkan kata-kata.
hanya jari yg mampu menggerakkan isi hati.
namun, hati tidak mahu lagi memuntahkan isinya.
hanya diam pendam yg perlu baginya.
biarlah disimpan elok di sudut sana.
ohh. tabahlah diri.
kecil benar rasa yg kau rasa.
jika benar dia bahagia, buat apa kau merana?
terimalah.
redha lah.
tenanglah sayang.
hadapilah dgn senyuman.
=))

berserahlah pada yg SATU.


satu lagi, karya agung NF.
do not copy. minum kopi boleh. ;)

p/s: tinggal sisa, saki baki. kepala ting tong. haih indahnya dicintaikan..?

Tuesday, July 20, 2010

-merbahaya-

segala yang bermula dari pangkal dulu
sehingga hari yang ini
sudah disembunyikan dari mata terang.

merbahaya.

manusia --
spesifiknya di sini;

punya ramai orang jahat
yang terlalu gagah
menenggelami selautan orang2 baik
yang dari dahulu lebih gemar memilih diam.

*sengih*

aku perlu kunci semua ini.
mungkin untuk sementara.
sampai masa2 yang aku rasa selesa.

:)

merbahaya.