Saya seorang yang kurus
Gigi saye berterabur
Rambut saye kusut masai
Muke saye buruk sangat
Ad kesan2 jerawat
Bintik2 hitam.
Tapi saye seorang hamba
Hamba Allah yang tak punya kuasa apa-apa
untuk mencantikkan saya
Dan tak berhak argue ape yang ALLAH tebarkan saya
Jadi,
Bagi saya jika sesiapa menghina saya
seperti dia menghina ciptaan Allah S.W.T
Percayalah saya tidak minta dilahirkan buruk begini
dan saya tidak pernah ingin menjadi begini
kerna saya tetap saya
*senyum sahaje*
Wednesday, July 29, 2009
buruk
Posted by Faa Hussein at 8:15 PM 0 comments
yg LAMA dibuang yg BARU disanjung
Lama
sudah lama
betul2 lama
aku disini memerhati kan saje
Baru
masih baru
betul2 baru
aku disini masih memerhati kan saje
Diam
masih diam
betul2 diam
aku disini masih lagi memerhatikan saje
apelah ada dengan LAMA
paras rupa dah tentu OUT
ye disanjung yang BARU
dilupa yang lama
Biasalah
itu lumrah manusia yang bernafas
setiap manusia
bukan kite saje
apa lagi nak tulis?
tulis biase2 je lah
biarkan saje.
*diam.*
*sinis*
Posted by Faa Hussein at 11:31 AM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
Semoga tenang Yasmin Ahmad
Bagi saya, ini adalah perkhabaran yang menyedihkan diawal pagi. Seperti mana sedihnya tatkala kita juga kehilangan allahyarham Loloq suatu ketika dahulu.Yasmin Ahmad satu nama yang besar dengan membawa revolusi ke dalam corak filem Malaysia. Kita mungkin semua sedar dengan isu-isu bagaimana hasil tangannya dipersoalkan. Bagaimana lantang suaranya tegar mempertahankan seni dan buah fikirannya. Bagaimana para karyawan lain yang menyokong dan ada juga sebaliknya. Malah, bagaimana beliau berani membawa muka-muka baru ke dalam industri filem dan terus menaikkan nama mereka sehingga ke hari ini. Tentu juga bagaiamana hebatnya iklan-iklan arahannya bermain dengan perasaan penonton.Karyanya kini pasti dirindukan.
Semoga tenang Yasmin Ahmad.
Posted by Faa Hussein at 11:05 AM 0 comments
Monday, July 27, 2009
sudah tahu
Sudah tahu semua
Permainan mu itu
Mahu melihat aku disingkirkan
Mahu melihat aku jatuh tersungkur
Mahu melihat aku dicaci
Mahu melihat aku dibenci
Apa lagi yang kau mahu?
Katakan.
Aku menunggu disini dan mendengar.
Ye sedang mendengar.
Apa?
Dahulu aku
disayang
dipuja
dirindu
dimanja
disanjung
Ibarat aku ini matahari menyinari siangmu
Dan
Bulan menerangi malam mu
Kini
Itu semua mainan kata
Kata ciptaan bibir berbisa
Aku dicipta sebagai player
Dikarang menjadi seorang 'LOSER'
Diarah menjadi seorang 'LOVER'
Dan akhirnya
Aku ditembak disini
Ye disini
dihati ini
lantas permainan mu tamat disini
dan terukirlah kata
'GAME OVER'
"aku seorang LOSER?"
*sinis*
Posted by Faa Hussein at 10:43 AM 0 comments
Sunday, July 26, 2009
Hakikat
Bingung cerita disini
semuanya berlaku terlalu pantas rasanya
rasanya baru semalam bersua muka
cuba berfikir menurut akal
otak kaku memandang hakikat
sekujur tubuh dimandikan
sekujur tubuh dikapankan
sekujur tubuh ditanam
nisan diletakkan
Yasin dibacakan
Ah kini aku berpijak ditanah yang nyata
Hakikatnya dia sudah tiada
ye TIADA
sahabatku
Kini tiada lagi kedengaran hilaian tawanya
Tiada lagi gurau manjanya
Tiada lagi senyuman dibibirnya
Takdir
Ye takdir menentukan segalanya
Ajal dan Maut semua ditanganNYA
Kita hanya mampu berdoa
Yang hidup teruskan hidup ini
Agar tak leka dibuai diatas dunia yang terang ini
Keliru masih lagi bermain difikiran ini
Hentikan
Ye cuba hentikan kekeliruan ini
Namun sia-sia
Semoga kau damai disana
Aku disini sentiasa mendoakan mu wahai sahabatku
*diam*
*menangis*
Posted by Faa Hussein at 1:36 PM 0 comments
nanti tiba saat itu
Lama.
Terlalu lama rasanya aku duduk di hadapan computer hari ini
Jari-jemari ini masih belum mampu menaip apa-apa
Minda terlalu kosong untuk memperlihatkan sesuatu.
Tak tahu apa harus difikirkan
Semalam, sebelum tidur
Mata tertumpu pada sesuatu
Sesuatu yang tak disangka akan berakhir begitu
Apa???
Apa yang terjadi?
Kenapa?
Mengapa begini?
Sampai bila?
Sudahnya aku terlena sendirian
Tak mampu berfikir lagi
Sekarang,
Mahu memeriahkan blog ini juga aku tak mampu
Bukan aku moody atau sedih.
Tak lah!
Tapi minda masih bertumpu kepada kejadian semalam
Kenapa macam tu?
Uh… pening lah.
Jadi, apa aku ada untuk blog cikBULAN ini?
Ya ampun!
Tak mampu aku terjemahkan kata itu
Nanti akan aku cuba untuk ceriakan blog ini ya.NANTI.
Bukan sekarang.
"The time will finally come. You just wait for it. Just wait."
Posted by Faa Hussein at 1:27 AM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
sudah tiada.
Ke mana pun kami pandu
kami jalan
kami lari
kami pergi
dia ada bertenggek di tepi
Tiap celah kota terselit dia
tiap malam kami dicalit dia
tapi
kini dia tiada.
tiada lagi bersama kami semua.
Khabar ke kami cara melupa
selain dari memejam mata.
tidak.
kami takkan lupa.
dia sahabat setia.
setiap kenangan bersamanya
akan sentiasa berada dalam ingatan ini.
dan tetap terus disini.
dalam hati.
ye dalam hati ini.
.: semoga roh ZATI HELMI dicucuri rahmat ALLAH S.W.T semoga dia ditempatkan di tempat orang2 yang soleh. amin. al fatihah::.
Posted by Faa Hussein at 10:38 PM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
diam
apa?
bagaimana?
dimana?
soalan ini yg sering ditanya.
jiwa?
mengusik.
ad sesuatu nak dikhabarkan.
mari aku bisik halus ditelinga itu..
aku rindu.
ye aku rindu..
shhh..
diam..
dia mungkin dengar.
*senyum*
Posted by Faa Hussein at 9:59 AM 0 comments



