Ini cerita aku lagi.
Mari.
Mari kemari
dengar
dan pahami.
Apa ada pada aku?
Apa ada pada kamu?
Apa ada pada dia?
Semua insan ada keistimewaan
Semuanya tiada yang terkecuali
tidak.
betul sungguh.
Aku bingung
Bila dia persoalkan keburukan
dia bangkitkan kecacatan
Tidak itu tak
penting
dimata ini
yang penting ini (sambil tunjuk ke dada)
ye HATI dalam ini
HATI.
Sekali kau beri
Pasti kau dapatkan kembali
Lebih dari itu
Tapi pahamkan apa
Yang kau mahukan
Pejamkan mata
rasainya
Ingat ini serius.
Yakin
Jujur
ikhlas
nanti kau dapat jawapannya
ingat.
biar kita cinta
biar kita sayang
jangan ubah
jangan lupa
biarkan ia disini saja
cukup.
habis sudah.
Wednesday, August 26, 2009
Entah
Posted by Faa Hussein at 10:58 PM 0 comments
Nampak
Bila aku pandang
Aku nampak
Aku rasa
Aku hayati
Bila aku pandang
Aku tahu
Aku sedar
Aku mengerti
Bila aku pandang
Semua terjawab
Semua terbuka
Semua terhidu
Dan bila aku pandang
Aku lihat itu
itu...!
Senyuman dia
Sejuk hati ini
Walau dia buruk
Tapi aku nampak cantik
Walau dia jelik
Tapi aku nampak anggun
Dia juga insan
Aku suka dia
Itu sahaja..
Posted by Faa Hussein at 4:05 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
kata
Titik-titik kecil yang
Keluar dari mata kecil ini
Pedih.
Garis-garis merah
Yang sakit dalam hati ini
Sakit.
Kata-kata Sial
Yang gariskan hati
Yang keluarkan titik-titik itu
Bangsat rasanya
Rasanya seperti keliwon
Huduh
Rasanya seperti Semut
Kecil
Rasanya seperti Lintah
Lembik
Tapi diam
Kata-kata bangsat itu
Kubiarkan saje
Biar ia mencoret kata
Biar ia merabak Mata
Biar ia terkubur saja
Cukup
Demi kerana aku pula
Aku rasa cukup-cukuplah
ini dunia aku
aku yang tentu
biar saja ia begitu.
diam.
Selagi hati tak mati
Selagi telinga tak pekak
Selagi mata tak buta
Laungkanlah kata-kata bangsat itu
Aku disini menjadi pendengar
SetiA UNTUK KATA-KATAMU ITU.
Posted by Faa Hussein at 10:09 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
INI
Aku punya cerita
Mari duduk dan dengar
Ini cerita aku
Tentang aku dan dia
Dulu dia suka
Dulu dia cinta
Dulu dia rindu
Sekarang
Eh mari aku bisik halus ke telinga mu
Nanti didengarnya
Dia salahkan aku
Katanya aku penyebab
Dia tinggalkan semua
Salah aku lagi?
Apa yang berlaku
antara aku ngan dia
Semua salah aku
Salah aku
dan salah aku
Aku diam sahaja
Malas rasanya untuk bersuara
Diam sahaja lah lebih baik
Tak suka tak apa
Diam sahaja.
Biarlah begini.
Biar semua rasa begini
Malas mengubah realiti.
habis.
Posted by Faa Hussein at 10:53 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
buat BULLEET
Posted by Faa Hussein at 1:32 AM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Belum mengerti.
Di hujung pantai itu
Aku lihat
Aku pandang
Aku tengok
Sekumpulan anak-anak kecil bermandi manda
Adakah anak kecil itu mengerti
Akan hari-hari mendatang
Tak seindah hari ini
Gembira seperti hari ini
Bermain seperti hari ini
Tidak
Mereka belum masih bisa mengerti
Kasihan
Tidak sanggup aku ragut kegembiraan mereka
Dahulu
Aku pernah jadi seperti mereka
Riang dan ketawa
Bahagia nya rasa
Adakah bisa aku rasakan sekali lagi
Tunggu
Akan datang hari itu
Air laut membiru
Ombaknya bergelora
Anginnya pasti bisa mendamaikan jiwa yang sedang
Suram
Aku pandang
Aku lihat
Aku tengok
Laut itu
Benar ia membiru
Namun adakah mata ini menipu
Indahnya ciptaanNYA
Indahnya hasilNYA
Indahnya bumiNYA
Ingat
Mata yang celik ini
Masih lagi mampu menikmati alam ini
Jadi harus bersyukur
Namun anak-anak kecil ini masih belum mengerti
Keriangan ini hanya untuk sementara
Tunggu sayang
Pasti kamu akan tahu nanti
Cuma masanya belum tiba
Pulang.
*habis
bila bulan melihat mereka begitu riang. berbunga hati mengadap ciptaan ALLAH S.W.T.
Posted by Faa Hussein at 8:13 PM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
ini cerita aku.
ini kisah tentang seorang gadis
seorang gadis yang masa itu masih kecil
didalam dukungan ayahanda dan bonda
dia masih tidak tahu apa-apa
aku tidak tahu tentang cerita kamu
aku tidak tahu apa cerita kamu
tapi ini cerita aku
biarkan aku saja yang bercerita
dengar dan bisu
Mari aku ceritakan cerita aku
Suatu masa dulu
menangis meratap disuatu masa
ini tentang aku
cerita aku
aku dibesarkan dimanja, disayang
aku dibesarkan dengan semua rasa
aku dibesarkan dengan perasaan cinta
aku dibesarkan biasa-biasa saja
ayahanda bonda bohong aku
ayahanda bonda dustai aku
dulu katanya aku puteri jelita
sekalian suku rakyat mencemburui jiwa aku
tapi ayahanda bonda.
itu semua dusta
mereka tak mahu jiwa aku.
mereka kikis jiwa aku
yang dihendakkan mereka wajah dan rupa sahaja.
wahai ayahanda bonda kenapa perlu bohong saya?
aku dibesarkan sebagai seorang gadis
kurus, tinggi, kesan-kesan jerawat menempel diwajah,
gigi ku berterabur, tak cerdik
aku dikatakan orang
"hey babi kenapa wajahmu jelik?"
wahai ayahanda bonda kenapa dustai saya?
aku ini dicaci lagi
tempat aku bukan disini
aku tidak sepatutnya dibiarkan keluar begini
wahai ayahnda bonda bawalah aku pergi
simpanlah aku ditempat sunyi
dimana cuma ada ayahanda dan bonda
cuma ada mereka yang sayangkan aku
ayahbonda kenapa bohong saya?
ayahbonda kenapa tak ceria?
dunia ini kejam
dunia ini bagai-bagai
ini bukan tempat saya
mereka tak suka saya
mereka tak cinta saya
disini dinilai wajah rupa semata-mata
ayahbonda
khabarkanlah pada mereka
pada mereka yang tak suka saya
yang mereka mahukan saya
mereka semua hendak saya
jadi cantik, putih, berseri
tapi itu bukan saya
bukan saya
maka apakah harus aku pergi
duduk dirumah dan menunggu mati?
apakah aku tinggal disini?
tak akan pergi
tak akan pergi?
dunia memang kejam
dunia macam-macam
dunia bagai-bagai
tapi janganlah sedikit kau percaya kata-kata mereka
biar kita begini saja
buruk, hodoh
rongak,cantik
siapa kita, itu kita.
cinta saja jiwa kita.
kalau mereka tak suka, pergi mampus!
tak apa
tak apa
tak suka
tak apa
ini sisa-sisa rasa
rasa jiwa yang luka
puisi ini aku karangkan untuk diri ini. setelah aku perhatikan mereka cuma melihat rupa dan wajah. namun aku yakin akan ada harinya untuk aku. biar saja semua berlalu. memerhatikan saja.
Posted by Faa Hussein at 11:16 PM 0 comments
gadis merindui sang kekasih
Gadis itu
Sunyi nampaknya
Kelihatan putih matanya murung
Hitam matanya suram
Merindui kekasih yang telah pergi
Bukan untuk sementara
Namun selama-lamanya
Kelihatan dia seperti kehilangan
Kehilangan seperti ditengah hutan suram itu
Dia kelihatan mencari arah
Hendak pulang
Namun belum jumpa kekasihnya
Aku disini kelihatan cuma pantas untuk memerhati
Saat dia bisikkan kata sunyi
Aku diam
Aku kaku
Aku beku
Memandang tubuh itu resah
Aku terpinga melihat matanya
Tampak seperti dia betul-betul hilang
Sabarlah buat gadis
Kerna suatu hari
Hari itu akan datang
Kau dibawa nya keluar dari hutan itu
Cuma masa dan saatnya bukan sekarang
Nanti
Sabar itu perlu.
Habis.
*senyum
Ini buat sang gadis cikPUTEH a.k.a LYSA. aku bersimpati kepadamu kehilangan arwah ZATI HELMI. sabar itu perlu ye sayang.
Posted by Faa Hussein at 8:17 AM 0 comments
SALAH
Demi untuk semua
Kita akhirnya disini sahaja
Biarkan semua terkubur
Biarkan semua tersungkur
Payah rasanya
Bila diketuk namun tidak dibuka
Pintu itu masih ada
Cuma belum masanya ia terbuka
Salahkah aku membiarkan
Pintu itu kaku disitu
Beku disitu?
Tidak bukan?
Kerna aku punya hak
Kerna pintu itu milik aku
Biarkan ia terbuka bila kuncinya dijumpai
Demi kerana aku
Sudah-Sudahlah mengetuknya
Kerna ia tetap kaku disitu
Belum sampai masanya
Kerna yang tertulis bukan begini
Mungkin
Agaknya
*diam
*melihat
Terpandang jari itu
Kemerahan-merahan
Taktala pintu itu diketuknya
Tapi Pintu itu sudah rapuh isinya
Mungkin konkrit ditambun untuk menyukarkan
Maafkan
Ini lebih baik.
Sudah habis disini.
Dan kerana ini aku berlalu perg, kerna hati ini sudah berkecamuk meronta untuk berlari. larilah.
Posted by Faa Hussein at 2:48 AM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Oh imaginasikuh
Terlantar kemurungan
Teringat keperitan
Terdampar kesedihan
Mencintai tidak semestinya memiliki
Itu benar
*sinis
Tersedar sekali lagi
Ini cume ilusi
Ini cume imaginasi
Terbuka mata ini
Maka aku sedar
Ini REALITI
Oh imaginasi
menarilah mengikut rentak ilusi ku
Oh imaginasi
menyanyi lah mengikut irama ilusi ku
Walaupun ini cuma imaginasi
Tapi disini aku bahagia dicintai
Biarkan saje imaginasi ini menari-nari
Berpijak di dunia yang nyata hanya sementara
Selagi otak berfungsi
Selagi Hati menyelami
Selagi naluri mengikuti
Nikmatilah sayang..
*senyum
Semoga ini kan jadi realiti
suatu hari nanti
INI UNTUK YUSLIZA YASUL.
i love to be love by someone. but i dunt have someone to love me. omg i hate to be like this. but this is reality. so i play a imagination. full stop!
Posted by Faa Hussein at 7:53 PM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Penatnya
Aduh
Susahnya..
Penatnya...
Malasnya..
Tapi harus kuat
Biarkan yang lepas
Semaikan yang baru
Siramkan lelahku itu
Suburkan dengan azam
Ye masih boleh
Masih punya masa
Masih banyak lagi peluang untuk aku baiki diri
Biarkan apa yang berlaku
Biarkan apa kata manusia itu
Pekakkan telinga saja
Butakan mata juga
Bisukan mulut tak lupa
Biarkan mereka berkata apa
Yang penting kita
Harap semester ini dapat lebih laju
Laju kehadapan
Perlu
kuatkan semangat
insyaALLAH
when i heard someone talk behind my back because i can't go for practical this semester. i care n i touching bout their words. shit. i have to be strong. n i must change my life. this is me..!!!
Posted by Faa Hussein at 2:55 AM 0 comments
Monday, August 10, 2009
BUNTU
Disebalik pintu itu
Aku lihat
Aku pandang
Aku perhati
dan
Aku pikir.
Siapa lah yang dapat membuka
Kunci pintu itu.
*diam
*bisu
Mungkin suatu hari akan ada
tempatnya
Dimana ada aku dan dia
Siapa?
DIA itu siapa?
entah.
tidak dapat berpikir.
buntu rasanya
Disebalik jendela itu pula
Aku tahu
dan
Aku rasa
ada cuma masanya sahaja.
diam dan terima.
mungkin ini lebih baik.
*menangis
Posted by Faa Hussein at 4:22 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Jika ada
Jika ada yang melihat
Jika ada yang mendengar
Jika ada yang merasa
Jika ada yang memerhati
Mari pandang mata ini
dalam-dalam lagi
Agar lebih dalam lagi kau dapat melihat
mendengar
merasai dan memerhati
*sinis
Usah diberi alasan
Usah diberi persoalan
Aku tahu
Sudah tahu semua
Kau?
*diam
Tidak pernah cuba untuk tahu
semua itu
ye semua nya
Hanya aku dan diri ini yang tahu
Menangis
Meratap
Merintih
Menyedari
cuma aku
hanya aku ada disitu
tiada dia, kamu dan kau
cukup
sudah
*merengus
aku tidak perlu tahu
yang kau memendam sesuatu
cukup
sudah.
*sinis
*senyum
*menangis
Posted by Faa Hussein at 1:53 AM 0 comments



