Sunday, August 16, 2009

SALAH

Demi untuk semua
Kita akhirnya disini sahaja
Biarkan semua terkubur
Biarkan semua tersungkur

Payah rasanya
Bila diketuk namun tidak dibuka
Pintu itu masih ada
Cuma belum masanya ia terbuka

Salahkah aku membiarkan
Pintu itu kaku disitu
Beku disitu?
Tidak bukan?

Kerna aku punya hak
Kerna pintu itu milik aku
Biarkan ia terbuka bila kuncinya dijumpai

Demi kerana aku
Sudah-Sudahlah mengetuknya
Kerna ia tetap kaku disitu
Belum sampai masanya
Kerna yang tertulis bukan begini
Mungkin
Agaknya

*diam
*melihat

Terpandang jari itu
Kemerahan-merahan
Taktala pintu itu diketuknya
Tapi Pintu itu sudah rapuh isinya
Mungkin konkrit ditambun untuk menyukarkan
Maafkan
Ini lebih baik.
Sudah habis disini.

Dan kerana ini aku berlalu perg, kerna hati ini sudah berkecamuk meronta untuk berlari. larilah.

0 comments: