Aku perempuan tengah malam,
Ayahku harimau, ibuku ular,
Aku dijuluki "Orang sisa-sisa",
Sebab kerap merintih, Kerap menjerit.
Temanku gitar, temanku lagu,
Nyanyiku, tangis, marah dan cinta,
Temanku niat, temanku semangat,
Yang kian hari kian berkarat, semakin berkarat.
Aku berjalan orang cibirkan mulut,
Aku bicara mereka tutup hidung,
Aku tersinggung peduli nilai-nilai,
Aku datangi dengan segunung api.
Mereka lari ke ketiak ibunya,
Ku tak peduli marahku menjadi,
Mereka lari ke meja ayahnya,
Aku tak mampu tenagaku terkuras.
Perempuan tengah malam terkulai ditepi malam!
Perempuan tengah malam terkulai ditepi malam!
Orang sisa-sisa menangis, orang sisa-sisa menangis,
Air matanya.... Air mata api..
p/s: fahami.
Wednesday, November 11, 2009
Air mata api
Posted by Faa Hussein at 12:34 AM 0 comments
JIWA perempuan gila
Sunyi,
Hanya bertemankan setin air redbull dan gumpalan-gumpalan asap rokok,
Terus melayari dunia virtualiti,
Kebosanan yang lansung tak bertepi,
Aku ingin jauh, jauh dari realiti.
Kata hati,
Aku cuba untuk mengangap yang pedih itu semua mimpi,
Tapi aku gagal, semua yang sudah terjadi terus bersemadi dalam hati,
Aku cuba untuk tidak ambil peduli,
Tapi perasaan terus memaksa diri.
Sepinya malam ini mengundang pelbagai rasa,
Aneh sekali kurasakan,
Dalam sebak pun bisa tertawa,
Tanpa sebab, ketawa sendirian,
Apakah ini akibatnya terlalu melawan perasaan?
Gila! ye aku perempuan gila!
Yang menulis entah apa-apa.
p/s: bila semua kata jiwa penulis jiwa gila. maka aku akui memang aku gila.
Posted by Faa Hussein at 12:20 AM 0 comments
Monday, November 9, 2009
PERJALANAN
Guruh berdentum hujan pun turun,
Walau apapun yang terjadi aku tetap akan meneruskan,
Perjalanan mencari kebenaran.
Airmata sedih atau airmata pedih kerana terjahan angin, aku tak pasti.
Jalanraya yang basah itu terus aku redahi,
Terketa-ketar tubuh kurus ini menahan dingin angin.
Tolonglah angin hentikan bisikan-bisikan itu,
Padaku kata-kata cinta yang pernah diungkapkan itu segalanya palsu!
Usahlah kau bisikan kata-kata cinta yang sudah berlalu!
Arghh!!!
Aku tetap akan meneruskan perjalanan ini!
Segalanya akan selesai.
Bila mandi nanti
Air-air ini akan membasahi tubuhku dan membersihkan segala ingatanku padanya!
Segala kenanganku bersamanya akan terus mengalir keluar!
Nyahlah kau ke longkang dan bersemadilah kau bersama air-air najis disana!!
kenangan BODOH!!!
(terima kasih kepada mereka yang menyokong aku ini)
Posted by Faa Hussein at 10:36 PM 0 comments
benarlah
Posted by Faa Hussein at 10:27 PM 0 comments
songsang
Posted by Faa Hussein at 9:10 PM 0 comments
Kawan saya orang kaya
Posted by Faa Hussein at 8:37 PM 0 comments
Jadi kau sebenarnya maka tahulah aku
Posted by Faa Hussein at 8:33 PM 0 comments
Tinggal satu lagi peluang
Akan aku gunakan peluang itu pada malam ini.
Untuk mengisi setiap penjuru hati.
Untuk menguatkan semangat.
Untuk terus berdiri..
Agar aku bisa menangkis kekejaman dingin malam,
Semoga sedetik lagi,
Posted by Faa Hussein at 8:30 PM 0 comments
BERUK!!!
Posted by Faa Hussein at 8:26 PM 0 comments
Monday, November 2, 2009
PErcuma
Malam kian melabuhkan kelambu hitam yang dihiasi oleh awan merah.
Bintang-bintang pula semakin hilang gemerlapan,
sebagaimana hilangnya sebuah harapan.
Kalau terbit mentari pagi sekalipun,
cahayanya cuma akan memberikan bayang-bayang hampa.
Hidup seakan percuma!
Sia-sia!
Percuma!
Sia-sia!
Percuma dan sia-sia!
saye sering rasa begini. apakah saya harus pergi?
Posted by Faa Hussein at 9:02 PM 0 comments
Gelap
Bila aku dah tak bernafas lagi,
bila wajah dan seluruh bahgian tubuhku pucat lesi,
bila denyut jantungku terhenti..
Mati..
Oleh kerana panasnya haba kebencian,
keringlah kolam cinta dalam hati!
Terus mati!
Tanpa cinta,
tanpa harapan,
tanpa cahaya,
tanpa jawaban!
Gelaaaap!
Bilakah yang gelap itu menjadi terang? mgkin satu masa nanti. sabar lagi.
Posted by Faa Hussein at 9:00 PM 0 comments
Gadis BIASA
Posted by Faa Hussein at 8:58 PM 0 comments
Penyanyi Jalanan
Posted by Faa Hussein at 8:55 PM 0 comments



