Monday, November 2, 2009

Penyanyi Jalanan

Kamu penyanyi jalanan,
Menyedarkanku makna kehidupan,
Menghuraikan pelbagai persoalan,
Buatkanku berfikir dalam lamunan
Apakah yang telah aku abaikan,
Dalam mengejar nikmat keduniaan...
Kamu penyanyi jalanan,
Kenyangmu hanya dengan hinaan,
Dendangkan lagu sekadar hiburan,
Buat mereka yang keserabutan,
Selitkan sesuatu sebagai luahan,
Hatimu yang penuh dengan kepedihan..
Kamu penyanyi jalanan,
Punya cara sendiri peroleh kebahagiaan,
Tanpa ada seorangpun yang perasan,
Walaupun sekadar pria picisan,
Kamu lebih berperikemanusiaan,
Daripada hartawan yang berhati syaitan...
dan bila nanti kita tahu yang jalanan itu lah indah. yang sampah itu lah permata. yang hodoh itu jelita. nanti pasti akan terbuka!

0 comments: